Relevankah Aku di Hatimu? a.k.a Radha by Rnysa
My rating: 4 of 5 stars
First of all, thank you so much untuk Ririn memperkenalkan e-book yang boleh di pinjam secara online di Perpustakaan Negara. Tanpa informasi tersebut, mungkin saya belum berkesempatan bertemu jodoh dengan RADHA.
RADHA (Relevankah Aku Di Hatimu?)
Kisah tiga sahabat, Nurul Akasyah (Syah), Carl Duke Adam (Kaduk) dan Ammar Iskandar(Ammar). Kisah anak-anak sekolah yang bersekolah di sekolah asrama penuh (SERATAS). Syah berkawan dengan Kaduk kerana kepandaian Kaduk dalam pelajarannya. Dia ialah sifu Syah dalam setiap mata pelajaran manakala Ammar merupakan jejaka alim yang mendapat tempat di hati Syah.
Masa terus berlalu, masing-masing membawa haluan masing. Kaduk dan Ammar di London manakala Syah di negara matahari naik (Jepun). Dalam perjalanan meniti usia, mereka mula mengenal diri, mencari berkat sang pencipta tanpa mahu mencemarkan nilai persahabatan itu sendiri tapi apabila perasaan lebih dari kawan mula bercampur aduk dalam persahabatan mereka. Syah mula keliru.
Ammar yang warak dan soleh tapi lidah tajam berkata-kata mahupun Kaduk sang sahabat yang gila-gila tapi penuh hemah dalam menasihatinya?
Penamatnya tidak mengecewakan. Saya gembira :)
Kata saya:
Kisah ni dah lama dalam senarai ingin di baca. Tapi entah kenapa tak ada skesungguhan untuk mendapatkannya. Mungkin takut akan membanding dengan karya tarbiyah yang lain kerana rata-rata penulis review menulis jalan ceritanya sama seperti karya sang Hlovate.
Tapi bila saya terjumpa di PNM semalam, tak tunggu lama terus pinjam :) dan dalam kepala dah set "Please, jangan banding dengan karya sesiapa saja"
Alhamdulillah...RADHA istimewa di tempatnya tersendiri.
Kisah perjalanan tiga remaja yang dalam usaha mencapai cita-cita mereka, mereka tak lupa untuk mencari nur ilahi. Meletakkan Allah dalam setiap perkara yang nak dilakukan. Belajar kerana Allah, bukan kerana manusia, berubah kerana Allah, bukan kerana manusia. Berkawan kerana Allah juga bukan kerana manusia.
Persahabatan Syah dan Kaduk bermula sejak mereka muda. Di kala meraka masih belum fasih tentang adab-adab berkawan antara lelaki dan perempuan. Tentang ikhtilat, tentang adab berbicara, tentang adab ketawa, tentang adab bergurau senda dan lain-lain lagi. Tapi seiring usia menginjak dewasa, mereka mula belajar tentang perkara-perkara ini. Tambahan pulak apabila perasaan asing mengisi dalam persahabatan mereka.
Masing-masing cuba menafikan perasaan sendiri, nak pulak ketika tu hati Kaduk masih pada si gadis bertudung labuh bernama Ain manakala Syah dengan perasaannya kepada si jejaka alim bernama ammar.
Tapi apabila masing-masing dah kenal pasti perasaan sendiri, mereka ambil masa yang lama untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Tak meluahkan perasaan dan terus pura-pura macam tak ada apa-apa. Nak bertambah rencah dalam cerita, Ammar pulak tiba-tiba melamar Syah.
Syah keliru dan buntu, apabila dia dah berjaya menghilangkan perasaannya pada Ammar dan meletakkan seluruh rasa pada Kaduk, Ammar datang melamar dan Kaduk masih diam tak berkata.
Time ni, saya rasa macam nak ketuk kepala Kaduk, kenapala slow sangat nak ambik move, dan nak ketuk jugak kepala Ammar sebab bagi saya Ammar ni macam ambil kesempatan pulak. Bukannya dia tak tau yang Kaduk ada perasaan dekat Syah, tapi masih jugak nak hantar lamaran. Geram kat dua mamat-mamat ni.
Tapi, jodoh ni siapa kita nak tentukan bukan? Dah tertulis jodoh Syah dan Kaduk bersama. Walau mengambil masa yang lama dan segala rintangan yang datang, nyata Allah dah tetapkan segalanya di Loh Mahfuznya :)
Bukankah Allah dah berfirman dalam kalamnya
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" Al insyirah ayat 5&6
Kaduk
"Relevankah aku dihatimu?"
Syah
Tak jawab soalan Kaduk
Saya on behalf Syah
"Yes! Yes! Yes! :)
Haha..comel perenggan akhir tu ^_^
ReplyDelete