Cerita Cinta Ahmad Ammar by Grup Penjejak Tamadun Dunia
My rating: 5 of 5 stars
Biography Ahmad Ammad dan cerita cintanya..
Alhamdulillah selesai baca..tutup buku sahaja apa yang saya rasa..hebatnya seorang yang bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam..keseluruhan isi buku, kisah mengenainya dari berlainan orang. Bermula dengan ibunya, ayahnya, kakaknya, ustaz hasrizal, sahabat-sahabatnya semua bercerita mengenai hebatnya pemuda ini.
Buku yang membawa pelbagai rasa yang berbeza. Sedih, gembira, teruja dan pelbagai rasa lagi. Dalam hati saya berulang-ulang kata..hebatnya dia..masyaAllah..dibesarkan dan dipersiapkan oleh ibu bapanya untuk membantu ummah tetapi perancangan Allah maha teliti, maha baik, maha berkuasa..rupa-rupanya persiapan ibu bapa nya untuk Ahmad Ammar untuk menghadap sang pencipta dalam husnul khotimah..Allah..
Betapa beruntungnya beliau berkesempatan berehat panjang bersama sahabat rasulullah Abu Ayub al ansari..bangkit bersama di hari akhir nanti berpimpin tangan. Dlam cemburu saya gembira. MasyaAllah..
Allahumafirlahu warhamhu waafiiwafuanhu, Ya Allah Ampunilah segala dosa dan kesalahannya, terimalah semua amal ibadahnya. Jadi kami yang ditinggalkan tetap istiqomah dalam jalan Mu Ya Rabb
Berikan kami kekuatan untuk meneruskan cita-cita beliau Amin
Adik Ammar, damailah dikau disana disisi tuhan yang esa..
notakaki:
Saya ingin sekali mempromosikan buku ni kepada rakan-rakan yang berminat nak mengenali allahyarham Ahmad Ammar. Dari banyak-banyak buku berkisah Ahmad Ammar, nyata buku ni mampu menyentuh hati dan tanpa sedar membenarkan air mata mengalir :)
No comments:
Post a Comment