Aku, Dia dan Pinky Promise by Anna Lee
My rating: 5 of 5 stars
Alhamdulillah..done!
Selesai baca, one thing come across my head is untungnya jadi Siti Saleha.. :)
Review:
Siti Saleha gadis berusia 33 tahun, berkerjaya biasa-biasa sahaja, graduan universiti yang mana tempat yang sama dia belajar bersama dua sahabatnya Lina dan Hanim. Mempunyai tunang yang kacak Daniel seorang model. Tapi ada sesuatu yang sering mengganggu fikiran dia. Kalau lah masa boleh di putarkan kembali, kalaulah mesin masa doreamon benar-benar wujud, dia ingin kembali ke 16 tahun sebelum.
Satu kejadian aneh berlaku membuatkan dia kembali ke tahun 1998, 16 tahun sebelum ini. Dalam keadaan tak percaya,terpinga dan tak tentu hala tu, dia menerima takdir sebagai hadiah untuknya betulkan kembali segala keadaan supaya 16 tahun kemudian segalanya sempurna buat dia.
Tapi keadaan tak sempurna seperti yang di rancang. Yang dirancang lain, yang terjadi lain. Watak yang sepatutnya tak wujud dalam ingatan dia tiba-tiba muncul mengganggu hidup. Azri, si samseng yang misteri, duduk di kelas hujung mula mengganggu segala rencananya. Kucar kacir dibuatnya.
Dalam lucu, ada manisnya, dalam manis ada sedihnya. Kisah yang complete. Penuh perasa buat kita yang membaca tak mampu nak letak bawah selagi tak tamat cerita.
Siti Saleha,
Kalaula mesin masa doraemon itu benar-benar wujud, nak saja dia balik ke 16 tahun yang lepas supaya dapat diubah masa depannya.Dia dah buat full list, kalau betul dia dapat balik ke 16 tahun lepas dia akan ubah perkara-perkara ni. First, tukar course dari sains ke sastera. Dia tak minat sains dan dia tak dapat score langsung waktu SPM subjek-subjek sains. Second, mintak Daniel si tunang ambik course yang boleh jadi kan masa depan mereka cerah macam doktor ke. Jangan jadi model. Tak cerah masa depan mereka. Third, bebaik-baik dengan cikgu Hazam a.k.a future abang iparnya.
Bila peluang tiba, dari usia 33 tahun dia menjadi 17 tahun kembali, dia tak ambik masa lama untuk buat segala yang dia inginkan. Tukar course? Done. Walaupun dia di letakkan di kelas yang hujung sekaliii..tapi dia okay. As long as dia dapat tukar course. Next, mencari Daniel dan suruh dia belajar betul-betul dan jadi doktor.
Tapi keadaan tak seperti di rancang. Azri muncul dan menganggu hidupnya. Yang dihairannya seingatnya selama ni, dia tak pernah kenal seseorang yang bernama Azri. Tapi kenapa Azri muncul dan act seperti musuhnya? Atas satu kejadian, Azri berhutang budi dengan Sal dan terpaksa menerima tawaran Sal untuk menjadi 'guardian angelnya'. Satu pinky promise tercipta.
Dari bermusuh mereka menjadi kawan baik. Hati Sal mula berbolak balik. Dia rasa seperti sukakan Azri tapi kenapa sepanjang ingatannya dia tak pernah kenal dengan seorang yang bernama Azri. Kemana Azri menghilang?
"Kenapa kau nak marah sangat? Salahkah aku jumpa dia?Lagipun dia masa depan aku! dan dia bakal tunang aku!"
Azri Amri,
Bukan baru tahun ini dia jatuh cinta pada Siti Saleha. Cinta dah lama bertapa sejak mereka tingkatan satu. Tapi di pendam rasa cinta kerana merasa malu untuk berterus terang. Maka untuk melahirkan rasa sayangnya, dia melukis, melukis dan melukis. Melukis gambar Siti Saleha dan rakan-rakannya ketika makan ais kacang dibawah pokok gerai mak limah, ketika Siti Saleha tidur, ketika Siti Saleha bersendirian. Setiap tahun, dia utuskan surat cinta tak bernama pada Sal, tapi Sal langsung tak tahu. Sedih rasa hatinya.
Bila Sal masuk ke kelasnya, dia pelik dan curiga. Kenapa si dambaan hati ada dikelasnya. Bukankah sepatutnya dia di kelas sains bersama sang kekasih hatinya Asman? Nak menjadi spykah? Maklumlah kelas mereka bukanlah kelas pandai. Dan kelas mereka memang rata-rata kawan-kawannya dan dia sendiri di gelar samseng sekolah.
Dia mula mencari gaduh dengan Sal, dengan harapan Sal akan nampak dia. Dan nyata taktiknya itu berjaya. Atas satu sebab, mereka mengikat pinky promise bak kata Sal. Dia dilantik menjadi guardian angel Siti Saleha. Melindungi Siti Saleha dari dibuli rakan-rakan kelasnya.
Tapi yang menyakitkan hatinya, penat-penat dia jadi guardian angel Sal, Sal masih mahu memandang lelaki lain. Konon-konon Daniel itu bakal tunangnya dimasa depan. Dia ingat dia tukang tilik yang dapat meramal masa depankah? Cemburu memang sukar di bendung.
Entah kenapa dia dapat rasakan yang Sal jugak seperti sukakan dia. Akhirnya perkelahan sekolah di Air terjun membuatkan dia meluahkan perasaan pada Sal. Dan seperti dijangka, Sal juga sukakan dia. Mereka mengikat janji, ikutkan hatinya dia akan masuk minang Sal 10 tahun lagi which is 2008. Tapi Sal cakap masih muda dan dia minta supaya masuk minang dia 16 tahun lagi. Perjanjian termeterai.
Kita manusia boleh mengikat janji, tapi Tuhan yang lebih berkuasa.
"Baiklah kalau itu terbaik untuk kita berdua. Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas, masa tu aku kembali pada kau"
Daniel,
Ya dia mengaku, dia mengabaikan tunangnya Siti Saleha bertahun lamanya. Tapi kini dia insaf. Dia tahu Sal tak suka dia jadi model, maka dia berjinak-jinak dengan perniagaan. Dia ingin mereka cepat berumah tangga. Dia sudah tak sabar bergelar suami kepada Siti Saleha. Namun dia hairan dengan sikap Sal, semakin lama dia semakin menjauh? Kenapa? Sudah bertemu cinta baru ke? Jika benar, dia tak boleh biarkan. Siti Saleha hanya miliknya!
"Selain hal galeri dan projek awak ni, banyak lagi perkara yang awak lupa kan? Kenapa awak beria-ria nak dapatkan kembali ingatan pasal projek ni? Apa istimewanya? Awak tak nak ingat apa jadi pada keluarga awak masa mak awak sakit? Awak tak nak ingat apa jadi pada anak saudara awak yang hampir lemas dekat pantai masa kita berkelah? Awak tak nak ingat apa terjadi dekat saya masa ayah saya meninggal?"
Saya,
Kisah ini lain dari yang lain. Itu pasti. Kelainan yang dibawa penulis sangat menarik hati. Untuk itu saya salahkan creator doraemon yang memperkenalkan mesin doraemon kepada kita semua. Sebab saya pun pernah terfikir benda yang sama. Hahaha.. kalau la saya tau hidup ini sangat mencabar, sungguh waktu zaman study dulu saya tak main-main. Heheh..tapi siapa kita ni kan? Yang menciptakan kita pastilah lagi berkuasa. Dia tulis takdir kita dengan secantik-cantik takdir. Bak kata penulis, takdir itu indah. Saya tak tau betul wujud tak cerita macam ni di dunia nyata, jika benar maka orang itu paling beruntung. :)
Kisah Saleha, Azri dan daniel menyentuh hati. Kekuatan cinta Azri/Ray tiada tandingannya. Walaupun matanya tak melihat, tapi hatinya masih cerah untuk terus mencintai Saleha.
Dalam lucu, ada sedih, dalam sedih ada gembira. Lengkap perasa. :)
note: Sebabkan buku ni, semalam saya tengok balik result subjek sains saya waktu SPM dolu-dolu, *tepuk dahi* hahahaha
View all my reviews
No comments:
Post a Comment