Monday, November 10, 2014

Masa dan Buku

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Masa dan Buku

Dua perkataan yang sedang berperang dengan saya sekarang ni. Berperang dengan masa dalam segala perkara yang sedang dilakukan dan berperang dengan buku untuk terus ada semangat membaca.

Kekangan masa. Kadang gagal dalam pengurusan masa. Tahun yang challenging saya kira untuk saya dan keluarga. Sehingga terganggu masa bacaan dan bilangan buku yang di baca.

Bermula dari saya keguguran pada awal tahun lalu, di ikuti abah sakit kuat sehingga kini, kekangan kerja yang begitu menekan dan pelbagai ujian yang Allah hadiahkan tahun ni buat segala perancangan saya tidak begitu menjadi. Masa seakan cemburu dengan saya, buatkan aktiviti membaca bukan lagi dalam agenda utama harian, cuma sekadar menjadi aktiviti sampingan. Curi-curi baca ketika nak tidur, curi-curi baca ketika bangun tidur, curi-curi baca ketika lunch hour. Curi-curi baca ketika dalam kereta waktu suami drive hantar kerja. :) Sulit rasanya.

 Bila kita kurang membaca, semangat untuk membaca pun dah lain sikit. Tambahan tahun ni memang saya berniat untuk menyelia bahan bacaan saya. Niat mahu mengurangkan bahan bacaan yang kurang membawa manfaat dan melebihkan bacaan yang menjana minda. Tapi nampaknya yang dirancang tidak menjadi. Seliaan saya tidak menjadi. Bahan bacaan sangat kurang jika dibandingkan dengan tahun terdahulu. Ah,..kecewanya dengan diri sendiri..

Awal tahun hari tu, saya meletakkan limit bahan bacaan saya sebanyak 60 buah buku untuk di baca pada tahun ni. Namun sehingga hari ni, saya hanya mampu membaca 38 buah buku saja. Masih perlu 22 buah buku perlu di lengkapkan pada tahun ni. Saya kira agak mustahil memandangkan sekarang dah bulan November. Tapi orang tua-tua bilang, jangan mengalah sebelum kalah kan.

 So, farah! Chaiyok! :)



p.s Perancangan kita...manakan sama dengan perancangan Dia kan :) Trust Allah.

No comments:

Post a Comment