Wednesday, April 23, 2014

A Walk to Remember - Nicholas Spark

A Walk to RememberA Walk to Remember by Nicholas Sparks
My rating: 5 of 5 stars

It is literally a sad and heart broken story. Its not because of the tragic tragedy or what so ever. But it is because the true love will not always ending with happily ever after but sometimes its can be vice versa.

Compared to a movie, the novel more deep and touching. Since I was watching the movie before reading the book, its not so hard to imagine the whole story. Even, the movie was a bit different from a novel..but yes..its still a good story to read and watch.

As the writer warned

"First you will smile, and then you will cry -- don't say you haven't been warned..."

And I was smile and cried at the same time.

It is a good book, yes. Even the time flies fast..a good story will always be remembered. :)

View all my reviews

Sunday, March 30, 2014

Bicara Ini Demi Ilahi - TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bicara Ini Demi IlahiBicara Ini Demi Ilahi by Nik Abdul Aziz Nik Mat
My rating: 5 of 5 stars

Kata tok guru

"Bukan mudah untukku berbicara.
Pasti ada yang terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menuding sesiapa.
Namun, demi ummah, aku pedulikan kata nista.
Demi agama, aku redah lautan gelora.
Kerana aku yakin, Dia akan mengadiliku di sana."

Kata saya
Saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan buku ni. Terus terang cakap saya malu pada diri sendiri bila novel mampu habiskan dalam masa yang singkat, tapi bila tiba buku ilmiah 2 bulan pun tak mampu nak habiskan. Allah :(

Bila membaca buku ini, saya terbayang-bayang macam mana tok guru berbicara. Biarpun tak pernah bersua muka, tapi rasa macam terngiang-ngiang di telinga tutur katanya yang dalam tegas ada lemas lembutnya. Umpama nasihat dari seorang bapa ke anaknya,
nasihat dari seorang datuk kepada cucunya,
nasihat dari seorang pemimpin kepada rakyatnya..

Oh..Jika anda mencari bait-bait kata politik dalam buku ini, maaf..tiada..

Semata-mata kata nasihat, kata-kata pesanan, kata-kata hikmat untuk menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat kelak

View all my reviews

Jaja & Din - Noorsuraya

Jaja & DinJaja & Din by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Kisah Jaja & Din..
Maafkan saya lambat menyedari buku yang sangat ohsem ini.. :)

Short Review:
Buku ini melibatkan banyak permainan emosi. Dari gelak terbahak-bahak seorang diri sambil di pandang dengan pandangan keliru oleh sang suami sehingga basah pipi sebab gagal mengawal perasaan sedih.

Alhamdulillah, walau terlewat tapi masih berpeluang baca kisah hidup Jaja & Din.

"Jaja sedang bawa mujahid kecil di belakang Din. Kalau Din boleh tunggu sedikit masa lagi, dia boleh tengok ayahnya"


"Tuhan andai aku ditakdirkan syahid pada jalan-Mu, aku ingin sekali membawa dia ke syurga. Membawa Faizaku ini." (*Basah pipi)

Kata Jaja:
Kisahnya biasa-biasa saja tapi di ceritakan menjadi luar biasa.

Kata saya kisah Jaja & Din sangat luar biasa yang di ceritakan menjadi kisah yang hebat.



View all my reviews

Tuesday, March 25, 2014

Hlovate

Cerita mimpi semalam

Untuk kesekian kalinya, saya bermimpi Hlovate. :) Gemar betul Cik Hlovate ni menyinggah di tidur malam hari saya. Saya pernah kisahkan mimpi saya di sini. Dan semalam jugak mimpikan mimpi yang sama.

Dan untuk ke sekian kalinya, saya tak ingat macam mana rupa Hlovate, yang saya ingat dia pakai tudung agak labuh warna grey.

And again grey!...

Exactly macam mimpi sebelum ni. Sama ada dia memang minat warna grey atau mimpi saya dalam bentuk hitam putih. Hehehe..Sebab saya memang tak minat grey color.




Yo yo o je mimpi macam confirm Hlovate ni perempuan kan..siap bertudung bagai..hehehe..tapi tak kisahlah..

Siapa pun Hlovate, saya memang sayangkan dia kerana Allah. Semoga Allah sentiasa memberi kebaikan pada beliau..semoga Allah merahmati beliau tak kira masa.

p.s Mimpi Hlovate, mimpi la jugak, doa untuk MH370 dan 529 ikhwanul muslimin mesir jangan kita lupa. Yang namanya mukmin ini, tiada senjata yang paling powerful selain dari doa..kan? :)


Monday, February 10, 2014

Bidadari Hujan ~ Noor Azzahra

Bidadari HujanBidadari Hujan by Noor Azzahra
My rating: 4 of 5 stars

Cetakan pertama 2010. Dan cetakan terhenti di situ. Tertanya-tanya saya, saya dapat bukan cetakan lama ke atau memang tak diulang cetak?

Buku yang saya kira, memang menyenangkan mata dan hati ketika membaca. Baca dari review kawan-kawan goodreads yang rata-rata bagi 4-5 bintang, saya percaya pasti kisah ini sangat hebat! :)

Alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa semalaman sahaja. Mungkin halaman kurang tebal maka saya bertekad untuk tamatkan bacaan pada malam semalan jugak.

Kisah mengenai Raimy Haidar aka Rain yang jatuh cinta dengan si bidadari Hujan bernama Qamalia yang menolong beliau ketika kesusahan dalam hujan. Jatuh cinta pandang pertama. Hidup penuh dengan falsafah cinta. Cinta bersemi, indah bersama terburai di tengah jalan kerana memenuhi permintaan terakhir neneknya.

Berkahwin dengan Sufi, tiada langsung dalam list hidupnya. Dan bukan hanya Sufi malah mana-mana wanita mana mungkin menandingi si kekasih hatinya Lia. Tapi siapa Rain untuk melawan takdir. Hidup perlu di teruskan.

"Simpati itu satu cabang cinta"

Dan kerana falsafah itu, baru Rain sedar cinta telah beralih arah. Kisah hidup Sufi yang disembunyikan darinya, diketahui melalui diari ungu Sufi. Dan kerana itu, dia bertekad untuk menawan hati Si isteri.

Lompat ke penamat. Bahagia :)

Kata Rain
"Sufi Sofea
Isteriku!
Cintaku!"

Kata Sufi
"Ummi cakap tengok suami sendiri dapat pahala"

Kata saya
Ohsem! Tiga empat kali tengok kulit depan. Betul ke penulis ni wanita. Ke dia saja-saja guna nama wanita ni. Hahaha..sangat pandai menyelami hati seorang Raimy Haidar. Dan sangat pandai membuat pembaca tahu isi hati Sufi walaupun menggunakan POV itu dari kaca mata si suami.

Kisahnya simple dan klise. Kahwin tanpa rela dan jatuh cinta dengan si isteri. Tapi penceritaan nya menarik. Pengisian tak kurang banyaknya. Pengajaran yang di sampaikan turut ada.

Kalau saya letakkan di tempat Sufi, mungkin saya tak sekuat Sufi, menghadapi ujian Allah secara bertimpa-timpa. Masakan tidak, putus tunang, kahwin dengan lelaki yang malam pertamanya telah bercerita dengan ikhlasnya yang dia mencintai wanita lain dan nyawa ibu bapanya di ragut sekelip mata.

Tapi, Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 214
" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?"

Bagi saya,
Buku yang hebat ialah buku yang mampu dibaca dan diamalkan pengisian dari dalamnya oleh pembaca-pembaca.

View all my reviews

Wednesday, January 22, 2014

Isteriku 19 tahun ~ CikGadis

Isteriku 19 tahunIsteriku 19 tahun by Cik Gadis
My rating: 3 of 5 stars


Review:

Yeyen dan Kikif..hehe..dah gelak sorang-sorang saya bila baca gelaran manja macam tu..dalam kepala terbayang-bayang hamster duk berlari-lari gembira atas roda dalam sangkar mereka..hahaa..

Pasangan yang dikahwinkan atas wasiat atuk mereka. Zuyyin a.k.a Yeyen tak di sukai olek Akif a.k.a Kikif. Tapi bila dah disatukan bibit-bibit cinta mula timbul. Ada sedikit konflik bila Zuyyin di benci ibu Akif.

Pengakhiran yang gembira.

*Cliche..hehe..pandai je mengomen cliche ye..ingat senang nak menulis farah oii?


Kata saya:
Niat di hati nak mengurangkan dah membaca novel.
Tapi bila baca sinopsis belakang novel, saya pernah baca online kisah ni. Dan ketika itu saya sangat tak sabar menunggu kisah ini dibukukan..

Tapi bila di bukukan, dan selesai baca..hmm...bacaan boleh dibaca..not so bad actually. Mungkin untuk remaja-remaja masa kini barangkali tapi untuk saya yang umur dah nak menginjak 3 series ni kurang kena rasanya dengan jiwa.. :)



View all my reviews