Bidadari Hujan by Noor Azzahra
My rating: 4 of 5 stars
Cetakan pertama 2010. Dan cetakan terhenti di situ. Tertanya-tanya saya, saya dapat bukan cetakan lama ke atau memang tak diulang cetak?
Buku yang saya kira, memang menyenangkan mata dan hati ketika membaca. Baca dari review kawan-kawan goodreads yang rata-rata bagi 4-5 bintang, saya percaya pasti kisah ini sangat hebat! :)
Alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa semalaman sahaja. Mungkin halaman kurang tebal maka saya bertekad untuk tamatkan bacaan pada malam semalan jugak.
Kisah mengenai Raimy Haidar aka Rain yang jatuh cinta dengan si bidadari Hujan bernama Qamalia yang menolong beliau ketika kesusahan dalam hujan. Jatuh cinta pandang pertama. Hidup penuh dengan falsafah cinta. Cinta bersemi, indah bersama terburai di tengah jalan kerana memenuhi permintaan terakhir neneknya.
Berkahwin dengan Sufi, tiada langsung dalam list hidupnya. Dan bukan hanya Sufi malah mana-mana wanita mana mungkin menandingi si kekasih hatinya Lia. Tapi siapa Rain untuk melawan takdir. Hidup perlu di teruskan.
"Simpati itu satu cabang cinta"
Dan kerana falsafah itu, baru Rain sedar cinta telah beralih arah. Kisah hidup Sufi yang disembunyikan darinya, diketahui melalui diari ungu Sufi. Dan kerana itu, dia bertekad untuk menawan hati Si isteri.
Lompat ke penamat. Bahagia :)
Kata Rain
"Sufi Sofea
Isteriku!
Cintaku!"
Kata Sufi
"Ummi cakap tengok suami sendiri dapat pahala"
Kata saya
Ohsem! Tiga empat kali tengok kulit depan. Betul ke penulis ni wanita. Ke dia saja-saja guna nama wanita ni. Hahaha..sangat pandai menyelami hati seorang Raimy Haidar. Dan sangat pandai membuat pembaca tahu isi hati Sufi walaupun menggunakan POV itu dari kaca mata si suami.
Kisahnya simple dan klise. Kahwin tanpa rela dan jatuh cinta dengan si isteri. Tapi penceritaan nya menarik. Pengisian tak kurang banyaknya. Pengajaran yang di sampaikan turut ada.
Kalau saya letakkan di tempat Sufi, mungkin saya tak sekuat Sufi, menghadapi ujian Allah secara bertimpa-timpa. Masakan tidak, putus tunang, kahwin dengan lelaki yang malam pertamanya telah bercerita dengan ikhlasnya yang dia mencintai wanita lain dan nyawa ibu bapanya di ragut sekelip mata.
Tapi, Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 214
" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?"
Bagi saya,
Buku yang hebat ialah buku yang mampu dibaca dan diamalkan pengisian dari dalamnya oleh pembaca-pembaca.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment