Tuesday, September 30, 2014

Dunia Belum Berakhir ~ Aimi Shabana

Dunia Belum BerakhirDunia Belum Berakhir by Aimi Shabana
My rating: 4 of 5 stars

Alhamdulillah...selesai membaca Dunia belum berakhir karya Aimi Shabana..

Buku pertama yang dihabiskan sepanjang ramadhan kareem.Ya progress yang sangat perlahan tapi kekangan masa yang amat. Curi-curi baca selepas selesai hidang juadah berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur sementara masuk subuh. Itu saja masa yang ada. Hehe..Panjang mukadimah macam orang lain kisah pulak..ye dak? :)

Kisah ini lain dari yang lain dan saya sangat suka akan kelainan dia. Apabila saya mempercayai seseorang penulis itu, saya tak perlu membaca sinopsis belakangnya kerana saya amat mempercayai penulis tersebut. Hahah..epik sangat.

Kisah Yasmin, Khalil dan Zahid. Cerita yang manis. Di gambarkan Yasmin seorang gadis yang berusia 30 tahun masih belum kahwin dan dijadikan bahan untuk kakak-kakak pejabat bergosip akan kelewatannya bertemu jodoh menjalin kasih bersama Khalil.

Yasmin:

Bertahun mengayam kasih, tiba-tiba sikap Khalil berubah. Mula tak membalas whatsapp dan message. Bercakap telefon jarang sekali. Tapi Yasmin tetap bersangka baik akan kekasihnya yang tinggal jauh di Melaka. Cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan bukan? Maka Yasmin memilih untuk setia.

Semakin hari sikap Khalil mula menjauh, Yasmin masih terus memilih untuk setia. Satu hari pertemuan dengan Zahid menimbulkan pelbagai rasa buat Yasmin. Mengenang kisah lama buat Yasmin rasa seperti tak ingin dekat langsung dengan Zahid. Tapi bolehkah bersikap sombong? Sedangkan nabi SAW yang dah sampai ke tempat yang malaikat sendiri belum pernah jejak pun tak sombong, ini kan pulak dia yang hanya umat nabi SAW. Berpegang pada kata-kata itu, Yasmin menghulurkan salam perkenalan kembali pada Zahid dengan syarat mereka hanya KAWAN BIASA. Kan Yasmin memilih untuk setia..

"Saya kan bunga tulip. Luka akan membuat kami segar dan tak layu" Yasmin

Zahid:

Pertemuan kembali dengan Yasmin sangat menggembirakan hatinya. Tekadnya cuma satu. Menagambil kembali hati Yasmin yang pernah dia lepaskan dulu. Yasmin seorang yang tenang, tak mudah marah suka tersenyum. Zahid suka sangat bila dipertemukan kembali dengan Yasmin. Tambahan pulak dengan sokongan sahabat-sahabat baiknya, dia berjanji tak akan mengecewakan hati Yasmin lagi.

Dengan niat untuk membuat Yasmin gembira dan membantu melupakan Khalil, pelbagai langkah dilakukan Zahid agar Yasmin tertawan dengannya. Bukan dia tak tau Yasmin dah memberi amaran awal-awal yang mereka hanya kawan biasa. Tapi sengaja dia memilih untuk tidak faham akan kenyataan tersebut.

Bila peluang kedua diberi, halangan lain menimpa. Zahid harus memilih dan dalam kerbersalahan diri, dia memilih untuk mengecewakan hati Yasmin untuk kali kedua.

"Sebenarnya..sebenarnya saya lebih suka awak berbanding wahida tu. Saya rasa macam nak pilih awak, bukan Wahida" Zahid

Khalil:

Bukan sengaja untuk Khalil berpaling arah. Dia sayangkan Yasmin. Mereka mengayam kasih dalam ruang waktu yang agak lama. Tapi dia tak boleh elak untuk jatuh hati kepada insan lain. Ya sekarang Nora dambaan hatinya. Tapi untuk melukakan hati Yasmin dia tak mampu. Yasmin seorang gadis yang sangat baik. Dia tenang, dia sabar. Mana mungkin dia mengguris hati si gadis. Tapi dalam tak sedar dia lupa, dia telah mengabaikan gadis tersebut hampir enam bulan lamanya.

"Dalam hidup kita ni, kita bertemu dengan ramai orang. Ada yang kekal selamanya dan ada yang singgah sebentar kemudian berlalu pergi. Pertemuan itu juga adalah takdir yang jauh dari rencana manusia. Kita tak boleh tentukan kita hanya bertemu dengan orang yang baik-baik sahaja, yang kaya-kaya atau yang cantik-cantik sahaja. Itu semua di luar dari rencana dan perancangan manusia. Tapi tak semua pertemuan yang berlaku dalam hidup kita itu akan menghasilkan jodoh. Awak pecaya itu min?" Khalil

Saya:

Oh..saya sangat suka cerita ini. Sungguh. Ada watak sampingan Aiman dan Sarah dari kisah manis Alang Rebus tak empuk. Percaya atau tidak, garapan Aimi Shabana terhadap dua watak ni yang memberi kemanisan dalam keseluruhan cerita ini. Kisah si Aiman yang bendul tapi dalam masa yang sama alert terhadap susah senang sahabatnya. Sarah yang suka bergaduh dengan Aiman sampai sekarang dalam masa yang sama sangat sayangkan Aiman. Dan dia jugak sahabat susah senang Yasmin. Jugak...jugak...hahaha..ada kisah Syifa dan Ziyad. Ok, sesapa nak tau apa jadi pada Shifa dan Ziyad harus baca buku ni tau! :)

Saya suka cara penulis hidupkan watak Yasmin, dalam tenangnya, ada jugak rasa sedih dan kecewa. Dalam senyumnya ada air mata yang tumpah dan dalam baiknya ada jugak sisi tanduknya. Which is, macam mana baik seorang manusia itu, pasti ada sisi kurangnya kerana setiap manusia tak sempurna kan?

Cerita yang banyak input. Ikutkan hati saya nak taip setiap bait tulisan yang sangat memberi manafaat. Tapi banyak sangat. Tangan cramp nanti. :)


No comments:

Post a Comment