Tuesday, January 21, 2014

Gantung - Nadia Khan

GANTUNGGANTUNG by Nadia Khan
My rating: 3 of 5 stars

First time saya memiliki buku terbitan Fixi. Dan saya tak sure nak beli lagi ke tak lepas ni. Haha..not a good start to review kan.

First time tak reti nak review buku setelah karya-karya Hlovate. :)

okey, lets review.

4 sahabat Gibbs, Ray, KJ dan Troll(mati-mati saya ingat mat saleh sesat,nama kemain) yang berasrama di sekolah elit barangkali memandangkan peraturan-peraturan di sekolah itu amat longgar tak memungkinkan mereka bersekolah di sekolah biasa.

Sahabat yang sangat baik sehingga memperkenalkan musketeer code. Semua tak boleh ada steady girlfriend tapi scandal ok dan setiap daripada mereka dapat 'merasa' each of their scandal.

Kemunculan Fara dan Deepa telah mencetuskan peristiwa yang tak didapat dilupakan oleh keempat-empat sahabat ni sampai bila-bila.

Gibbs minat Fara, dan Deepa minat Gibbs, ala-ala cinta tiga segi gitu. Tapi masalahnya Deepa terlalui obses terhadap Gibbs telah menimbulkan idea jahat oleh sahabat-sahabat baik Gibbs sehingga membuatkan si gadis membunuh diri.

Ending- Sedih~~~ hehehe

Kata saya:

Saya baca dua kali dalam masa satu hari buku ni. First time baca, telah saya "kenapa banyak sangat watak ni?" "ada dua kisah dalam satu sekolah ke?" memandangkan tengah-tengah baca kisah Gibbs, KJ, Troll dan Ray. Tiba-tiba masuk kisah pasal Jeremy dan Lina (eh betul ke nama Lina? Confuse)

Setelah baca kali kedua baru faham. Rupanya kisah dua dekad yang berbeza tapi watak yang sama. Confuse? Saya pun confuse.

Watak Fara, saya bayangkan macam Melinda Gordon dalam Ghost Whisperer. Nampak benda-benda alam ghaib ni, tapi si Gibbs tu bukan macam husband Melinda sebab Gibbs nie nakal.

Baca buku ni, saya rasa macam sy dah termasuk dalam alam kisah gantung ni. Macam boleh nampak scene-scene dalam cerita ni. Bila selesai baca. Rasa sangat relief walaupun sedih at the end of the story.

Kesimpulannya:
Patutnya boleh dapat banyak lagi bintang ni, sebab kisahnya best. Tapi ia tak kena dengan jiwa saya. Dari segi bahasanya agak kesat, dari segi kisahnya terlalu terbuka dan perlu diklasifikasikan sebagai bacaan dewasa sebab adegan-adegan yang tak boleh di contohi oleh remaja-remaja dan mereka yang belum berkahwin.
Bagi saya, buku adalah medium menyampaikan ilmu. Sayang kalau ilmunya tak dapat dinikmati oleh pembaca.:)


View all my reviews

2 comments:

  1. hehe..buku2 FIXI memang kebanyakkan jalan bahasanya macam tu..agak kasar n kesat coz diaorang mengamalkan konsep terbuka..setuju, buku ni agak terbuka untuk budak2 yang underage..saya pun baru bermula dengan FIXI ni..n Gantung adalah my 2nd book selepas Asrama..disusuli oleh Sumbat n Mental..mungkin saudari boleh try baca Sumbat yang bebas dari bahasa2 kesat dan sebagainya;-) hehe,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Haida Othman,

      Itula, sebenarnya saya dah teringin lama nak membaca buku Nadia Khan ni sebab kebanyakan review dari kawan-kawan goodreads bagi review yang baik untuk buku-buku dia. Dan saya memang kepingin sangat nak cuba baca buku dari FIXI publisher sebab buku-buku dia ringan. Hehe, ringan pulak yang jadi faktor nya kan?

      Dan saya cuba dengan buku Gantung, seriously buku ni punya jalan cerita yang menarik, dan terus menarik saya untuk membaca..malangnya saya di sajikan dengan kata-kata kesat dan adegan-adegan keterlaluan dari situ. Ya, saya agak kolot dan konservatif di situ bila saya memikirkan, adik-adik bawah usia yang membaca buku ni. Tambahan pula, betulkan saya kalau saya salah, buku itu tak di klasifikasikan bahan bacaan nya. :)

      And, sebenarnya lagi, saya sebetulnya teringin nak beli lagi buku-buku FIXI ni, macam novel Tuhan, Murtad, dan lain-lain, tapi takut andai saya disajikan dengan bahasa begini lagi.. :)

      Delete