Assalamualaikum..
My Precious Iris by Melur Jelita
My rating: 4 of 5 stars
Alhamdulillah ada kesempatan nak review buku :)
Niat di hati nak review pasal anthem, contengan jalanan..tapi tiap kali jari cecah keyboard untuk menaip idea saya terus hilang..bukan sebab buku2 tersebut tak seronok..tapi bila berkenaan dgn karya Hlovate..jari terus kelu untuk menaip..well thats another story..sekarang kita review pasal My Precious Iris dulu..
My Precious Iris ialah sambungan dari kisah Iris Nur dan Firman Ebrahim dalam ILUS (I Love You Stupid)..berbanding ILUS, MYPI agak kurang mukasurat dia. Alhamdulillah..tak penat sangat membacanya. Masalah saya dengan buku-buku yang bermukasurat tebal ini, di tengah-tengah cerita saya akan lost..hilang kawalan dan konsentrasi sebab cerita yang terlalu panjang. And itu yang terjadi dalam ILUS. Tapi MyPI pun actually panjang jugak tapi mungkin garapan Kak Melur tulis kali nie, agak mengurangkan kegagalan konsentrasi saya sebab cerita dia buat kita nak tau apa akan jadi seterusnya.
Baca bab pertama saja dah buat saya gelak sorang-sorang. Waktu papa Iris,kenakan 16 syarat untuk Firman Ebrahim atau Abang pedas waktu dia melamar Iris. Memang kelakar tapi bila difikir-fikir balik saya rasa memang patut setiap ayah yang ada kat muka bumi nie buat syarat macam tue. Bagi si lelaki tue sentap sikit. Ingat senang nak angkut dating anak dara orang.. :P
Kisah perjalanan alam rumahtangga Iris dan Abg Pedas beliau tak mudah rupanya.Kalau dalam ILUS, kita dibawa meneroka negara kemboja..dalam MyPI pulak kita dibawa menyusuri sungai Lui sebagai lokasi bulan madu.. :)
Dalam kita terbuai dengan ayat-ayat romantis dari mereka, kita tersentak dengan konflik-konflik dalam rumahtangga mereka. Ketika Iris hanyut sebentar kerana kesibukan Firman sebagai anggota polis, di mandrem, di pukul sampai buta, di siksa..buat jantung nie rasa teranjak dari lokasi asal. :)
Sebak menyelebungi hati saya ketika Iris melahirkan Ahmad/Putera tanpa Firman disisi. Tanpa mengetahui untung nasib si suami. Hidup atau mati. Nyaris-nyaris nak hujan saya sorang diri
* sila masukkan runut bunyi lagu kehilangan dari Firman disini*
Di penghujung cerita, agak ada kekeliruan disitu sebab tak dinyatakan dengan jelas apa yang terjadi dengan Insp Ebrahim. Komakah? Matikah? Tiba-tiba dah duk berbalas tembakan dengan orang jahat. Harus saya baca dua tiga kali untuk faham jalan ceritanya. Tapi tak apalah. Masih boleh difahami.
Seperti biasa..saya menyanjung watak Firman Ebrahim..betapa dia seorang yang sangat melindungi. Melindungi seorang Iris yang sentiasa berperasan dia seorang diva,berani mengalahkan seorang lelaki.
Saya menyanjung waktu Mai Tuan, dapat saya bayangkan lemah lembut tutur kata, sopan dalam tingkah laku.
Kak melur tak lupa selitkan kisah-kisah pengajaran dari al-quran dan sunnah.
"Apa dia empat perkataan yang disebut tanpa menggerakkan bibir bawah dan atas?"
"Iris tak tau?"
Geleng
"Ia adalah kalimah La ilaha ill allah"
"Satu perkataan?"
"Allah"
View all my reviews
Happy reading ya!
p.s May Allah bless~~
tgh bce novel nie ;)
ReplyDelete