Saturday, May 25, 2013

My Precious Iris (MyPI) - Melur Jelita

Assalamualaikum..


My Precious Iris (Mypi)My Precious Iris by Melur Jelita
My rating: 4 of 5 stars

Alhamdulillah ada kesempatan nak review buku :)

Niat di hati nak review pasal anthem, contengan jalanan..tapi tiap kali jari cecah keyboard untuk menaip idea saya terus hilang..bukan sebab buku2 tersebut tak seronok..tapi bila berkenaan dgn karya Hlovate..jari terus kelu untuk menaip..well thats another story..sekarang kita review pasal My Precious Iris dulu..

My Precious Iris ialah sambungan dari kisah Iris Nur dan Firman Ebrahim dalam ILUS (I Love You Stupid)..berbanding ILUS, MYPI agak kurang mukasurat dia. Alhamdulillah..tak penat sangat membacanya. Masalah saya dengan buku-buku yang bermukasurat tebal ini, di tengah-tengah cerita saya akan lost..hilang kawalan dan konsentrasi sebab cerita yang terlalu panjang. And itu yang terjadi dalam ILUS. Tapi MyPI pun actually panjang jugak tapi mungkin garapan Kak Melur tulis kali nie, agak mengurangkan kegagalan konsentrasi saya sebab cerita dia buat kita nak tau apa akan jadi seterusnya.

Baca bab pertama saja dah buat saya gelak sorang-sorang. Waktu papa Iris,kenakan 16 syarat untuk Firman Ebrahim atau Abang pedas waktu dia melamar Iris. Memang kelakar tapi bila difikir-fikir balik saya rasa memang patut setiap ayah yang ada kat muka bumi nie buat syarat macam tue. Bagi si lelaki tue sentap sikit. Ingat senang nak angkut dating anak dara orang.. :P

Kisah perjalanan alam rumahtangga Iris dan Abg Pedas beliau tak mudah rupanya.Kalau dalam ILUS, kita dibawa meneroka negara kemboja..dalam MyPI pulak kita dibawa menyusuri sungai Lui sebagai lokasi bulan madu.. :)

Dalam kita terbuai dengan ayat-ayat romantis dari mereka, kita tersentak dengan konflik-konflik dalam rumahtangga mereka. Ketika Iris hanyut sebentar kerana kesibukan Firman sebagai anggota polis, di mandrem, di pukul sampai buta, di siksa..buat jantung nie rasa teranjak dari lokasi asal. :)

Sebak menyelebungi hati saya ketika Iris melahirkan Ahmad/Putera tanpa Firman disisi. Tanpa mengetahui untung nasib si suami. Hidup atau mati. Nyaris-nyaris nak hujan saya sorang diri
* sila masukkan runut bunyi lagu kehilangan dari Firman disini*

Di penghujung cerita, agak ada kekeliruan disitu sebab tak dinyatakan dengan jelas apa yang terjadi dengan Insp Ebrahim. Komakah? Matikah? Tiba-tiba dah duk berbalas tembakan dengan orang jahat. Harus saya baca dua tiga kali untuk faham jalan ceritanya. Tapi tak apalah. Masih boleh difahami.

Seperti biasa..saya menyanjung watak Firman Ebrahim..betapa dia seorang yang sangat melindungi. Melindungi seorang Iris yang sentiasa berperasan dia seorang diva,berani mengalahkan seorang lelaki.
Saya menyanjung waktu Mai Tuan, dapat saya bayangkan lemah lembut tutur kata, sopan dalam tingkah laku.

Kak melur tak lupa selitkan kisah-kisah pengajaran dari al-quran dan sunnah.

"Apa dia empat perkataan yang disebut tanpa menggerakkan bibir bawah dan atas?"
"Iris tak tau?"
Geleng
"Ia adalah kalimah La ilaha ill allah"
"Satu perkataan?"
"Allah"

View all my reviews

Happy reading ya!
p.s May Allah bless~~

Friday, May 24, 2013

Perempuan Lindungan Kaabah


Assalamualaikum..


Perempuan Lindungan KaabahPerempuan Lindungan Kaabah by Hana Ilhami
My rating: 5 of 5 stars

Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..

BUT...

Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie penuh dengan pesanan dan ilmu2an. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.

Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik.

Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau.

Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :)

good job Hana Ilhami! May Allah bless you.

View all my reviews

p.s May Allah bless~~

I'm Mrs Kertu

I'm Mrs. KertuI'm Mrs. Kertu by Danisyarahmat
My rating: 4 of 5 stars

Kisah Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah..lelaki kertu katanya yang berkahwin dengan gadis lepasan SPM bukan atas sebab cinta tapi sebab nk selamatkan maruah gadis itu.

Boleh dibuat sebagai bahan bacaan santai. Tak banyak konflik dan tak berat sangat. Ada di selitkan ayat-ayat dari Quran sebagai indirect dakwah.
Antara ayat Quran yg jugak favorite quote yang saya pegang selama nie

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Saya cuba jugak nak bayangkan siapa yang sesuai jadi Adam Yusuf..Rosyam Nor kah??? tett! dia ckp putih dan ada lesung pipit.. ok..rosyam Nor terkeluar dari senarai..Eizlan yusuf putih dan ada lesung pipit tapi tak tough la pulak..hahah..keluar jugak..last-last pikir punya pikir punya pikir..saya tak dpt imagine sesapa.. :P

Moral of the story are bersabarlah sebab di setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan. Jugak harus percayakan pasangan anda lebih dari percaya kan orang lain sbb hanya kita yg kenal pasangan kita bcoz he's part of us kan...and percayalah kelapa tua nie, banyak lemak dan manissss..



View all my reviews

p.s May Allah bless~~

Projek Memikat Suami

Projek Memikat SuamiProjek Memikat Suami by Hanina Abdullah
My rating: 5 of 5 stars

kahwin tanpa cinta?
klise novel melayu?

tak lah..bagi saya novel banyak input untuk kita ambil bila dah bergelar isteri.

Nawwal Husna kahwin kerana di minta ibunya menerima Zahrain sebagai suami. Memandangkan perkahwinan diorang tanpa rasa cinta atau lebih kepada keterpaksaan dan Zahrain dah ada kekasih hati, Nawwal Husna mengambil tindakan nekad untuk memikat hati suami dengan bantuan dua sifunya.

Banyak cara-cara memikat hati suami yang dapat diambil sebagai input. Well, a bit extreme I guess but who cares..suami kita kan..hahaha..nama pun halal..segala tindakan adalah ibadah selagi tak bertentang dengan hukum syarak..

Bukannya kahwin tanpa cinta je perlu untuk buat plan pikat hati suami ini, yang kahwin sebab cinta pun harus untuk kekal kebahagiaan rumah tangga..so..for me..this novel definitely a good novel to read untuk semua yang bakal mendirikan rumahtangga dan dah berumahtangga. But remember..buat untuk suami je tau..bakal suami HARAM!! wink!! :)

View all my reviews

p.s Happy reading. May Allah bless~~

Monday, May 6, 2013

Book: Jejak-jejak Rasulullah..

Assalamualaikum..

Currently reading this book. Written by Tariq Ramadan.



Well, I started reading by last night and unfinished yet. So, I'll review the content of the book once I finish read it. Insha-Allah.. by the time, please enjoy review from the mr google :)

Pengalaman sejarah Nabi Muhammad adalah satu cara istimewa untuk memahami prinsip keabadian yang dikongsi oleh lebih daripada satu bilion orang Islam di dunia. Buku ini memberi pengenalan hidup mengenai Islam. Diterjemahkan, daripada judul asalnya, In the footsteps of Prophet: Lessons of a Life of Muhammad. Buku tulisan Tariq Ramadan (cucu kepada al-Syahid Hassan al-Banna) ini membariskan 16 bab yang memaparkan mengenai personaliti Nabi Muhammad seorang lelaki yang menukar dunia dalam cahaya wahyu dan inspirasi yang diterima daripada Tuhannya, Pendidik (ar-Rabb). Baginda adalah contoh dan pembimbing untuk umat Islam yang beriman. Buku ini bukannya fakta sejarah secara terperinci apatah lagi pencapaian cemerlang atau mengenai peperangan terkenal.

Matlamat buku ini lebih memfokuskan pada penceritaan kisah kehidupan baginda dan memaparkan ajaran dakwah baginda. Dari detik kelahiran dan kematian baginda, kehidupan baginda dipenuhi dengan kejadian, situasi dan kenyataan yang membawa kepada kerohanian yang paling dalam. Pematuhan baginda kepada agama; berdialog dengan Allah; memerhatikan alam; keraguan dalam diri; ketenangan dalaman; petunjuk dan dugaan serta yang lain-lain adalah tema yang relevan dan mengingati pembaca pada asasnya tiada apa yang berubah. Biografi Nabi Muhammad ini membawa kepada persoalan utama dan persoalan kewujudan abadi. Dalam erti kata ini, hidup baginda adalah permulaan.

Buku ini sesuai juga untuk pembaca bukan Islam kerana ia mengajak pembaca mengenali Nabi Muhammad dan belajar mengenai personaliti baginda atau kejadian yang berlaku dalam hidup baginda. Sama ada seseorang itu (bukan Islam) percaya atau tidak, bukanlah mustahil untuk cuba menghayati usaha dan kewujudan Nabi Muhammad dan menawan semula degupan – kerohanian – yang diterapkan dalam misinya dengan maksud. Kehidupan Nabi Muhammad sebagai cermin, dan secara kontras, penceritaannya berselang-seli dengan kisah untuk renungan dan meditasi yang mudah untuk difahami. Ini adalah usaha untuk menyampaikan dakwah Islam dan ajaran universal.


Kredit to http://belidiskaun.blogspot.com/2013/04/jejak-jejak-rasulullah-tariq-ramadan.html


p.s May Allah bless~

Wednesday, May 1, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur or PBAKL di adakan baru-baru nie. And FYI, this is my first time ever, saya jejak kaki ke PBAKL..huh! kesiankan..kalau tak kebetulan ada kerja kat KL, rasanya sampai sekarang pun tak merasa saya nak ke PBAKL.

Dari titiwangsa, saya and my beloved sis in law naik LRT, and FYI jugak..saya memang totally tak reti macam mana nak naik LRT..hahah..what a shame on you la Farah oiii..orang kedah kata PERAK..bukan perak tue tapi PERAK with all capital letters. Lol!

Turun dari LRT and jalan menuju ke PWTC, tak dpt dinafikan saya senyum sepanjang jalan..hahahah..my sis ckp, macam tgk budak-budak nak masuk candy store ja..memang pun..i love books, i love bookstore apa tah lagi pesta buku..much much love indeed.. :)

Masuk dalam dewan, seriously kalau orang tak ramai dlm tue memang sure saya akan bergolek-golek di lantai keriangan di sebabkan gagal menahan keterujaan.. luckily orang yang terlalu ramai buat saya menahan hati dari terus berbuat aksi demikian. Takut nanti buku tak dapat beli, orang angkut saya masuk ambulance pulak..heh!

Awal-awal masuk memang saya berniat nak terjah JS booth dulu takut buku Anthem habis..memang on the way ke sana buku tue memang masuk my first priority untuk beli. Bukan perlu, harus atau ada beli tak da tak pa..tapi dah masuk tahap wajibal ghunnah. By hook or by crook, i must have that book. Unfortunately, masuk-masuk dlm dewan cari punya cari punya cari tak jumpa-jumpa jugak booth jemari seni nie..Dalam hati rasa nak nangis dah nie..nanti habissss buku tue..bukan senang nak dapat...muka cemberut macam jeruk pelam dah..pusing dlm hall lebih 7 kali tawaf..dari nak beli Anthem dl, saya dah capai 4 buku lain, tapi si Anthem nie masih belum dapat. Rupa-rupanya booth buku bukan dalam hall 2 sj..rupanya belambak lagi booth buku dekat hall lain. MasyaAllah sgt besar kot pesta buku nie..hanya saya sekali lagi disebut..PERAK with all capital letters tak tau ada hall lain..*sangatkesiansaya*

Finally, saya jumpa booth JS dan kala tue, muka saya dah tak macam jeruk pelam lagi dah tapi dah macam delima terlebih masak..manissss sgt *tettttt* puji diri sendiri..walaupun di booth jemari seni tue manusia memanglahhhh tersangat ramai..tolak menolak berlaku disana sini..luckily semua perempuan so tak kisah bersentuh kulit..kedengaran penjual-penjual kat situ melaung-laung
"Anthem! Anthem! sape2 nak Anthem lagi" sambil tangan dul layang-layang buku tue..saya capai satu dan senyum terus meleret2..hahahah..

Masalah nak berbayar pulak..kalau tak kerana Anthem, memang saya tak kuasa nak beratur dan menolak-nolak umat Nabi Muhammad yang sangat ramai waktu 2. Tapi because of Anthem and Hlovatinta saya mengagahkan diri menolak2 bersama mereka..hahahaha..dramatik kan...mungkin Hlovate one of them di sana tersenyum tengok orang tersangatla passionate nak memiliki karya dia..sanggup bertolak-tolak and one of them tue saya la..ada yg amik satu, dua, tiga hatta sampai 6 buah buku Anthem pun ada..penangan Hlovate. Dasyat sungguh!

And the rest is history. Dapat capai Anthem, Hlovatinta and pelangi di booth JS sangat memuaskan hati. Dalam pada tue, smpt dapat signature Kak Suraya yang very sweet tue..nk dapat signature Hlovate? memang idak le..she/he is soooo mysterious..peminat-peminat kenal dia dgn nama Hlovate sj..tapi for me siapa pun dia..karya dia very magnificent. Seriously very!

Jumpa Kak Suraya saya senyum, Hilal Asyraf pun jumpa..senyum lagi, Suri Ryana pun jumpa masih senyum dan ramai lagi dan saya terus tersenyum sampai balik.


 ini hasilnya!! tang tada! 



i love books..good books, i love book fair, i love Hlovate indeed, I love Noorsuraya..yehaaa!

p.s May Allah bless..