Wednesday, November 12, 2014

Langit Vanila ~ Wani Ardy

Langit VanillaLangit Vanilla by Wani Ardy
My rating: 4 of 5 stars

Alhamdulillah. Done.

Tutup buku dan fikir. Ya Allah, untungnya dia ni ada kelebihan menulis macam ni. Dapat kita rasa sarat perasaan seorang Wani Ardy.

Cara dia menulis, cara dia bercerita tentang semuanya, sangat kreatif dan tersusun sekali.

Sejujurnya, tak semua kisah didalam langit vanilla ini saya faham tapi saya tetap baca dan rasa

Ada beberapa kisah dalamnya menyentap jiwa yang membaca,

"Dan bila kita semakin tua, wajah makin iras ibu bapa kerana Allah tau kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka" Wajah

"Adik, laut ini luas,jauh lagi perlu kita renang. Pelampung ada kiri dan kanan jika kau cari. Air masin ada merata walau tidau kau cari" Surat Kekanda

Doa suami isteri -Lailatul Qadar

"Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak, hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak- Tinggi rendah

Susah rupanya nak meresensi sesebuah karya. Nak pulak bila karya tu buat kita terkedu, terkelu, tersentak, tersentap dan pelbagai ter yang muncul. Menulis untuk membuat pembaca lain turut merasa apa yang kita rasa. Untuk buat orang lain dapat apa yang kita dapat. Dalam kepala bermacam nak tulis tentang buku Wani Ardy ni, tapi bila jari cecah papan kekunci semua bagai hilang. Tak satu pun tinggal.

Tapi yakin lah..ia karya bagus. Ia karya peribadi yang ada sesetengah kisah dalamnya ada dari rasa kita :)

No comments:

Post a Comment