Wednesday, October 9, 2013

Blog updated!

Allah..lamanya tak update..
Bukan tiada buku yang dibaca..malah masih ada yang tak buka buku lagi dari balutannya..tapi kekangan masa plus tak rajin nak mengupdate itu yang buat blog nie berhabuk-habuk..(okey, sila ambil alasan terakhir sebagai alasan yang konkrit) :P

oklah..rumusan bacaan saya sepanjang 3 bulan saya tak berapa rajin meng'update' laman buku maya saya nie..

So awal september lalu saya mula menguatkan kembali semngat membaca dalam misi mencapai target 50 buku setahun..i've to speed up :) Farah..Jangan Malas!Jangan Culas!

Akhir buku yang saya selesai baca ialah Titisan Mahabbah -Diana Amir dan Ibnu Rijal.
InshaAllah ada kelapangan akan di review tentang buku nie. Apa yang dapat disimpulkan..banyak pelajaran dan pengajaran yang saya kira boleh kita di jadikan rujukan dalam hidup kita.
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung- surah al-israa' 37"

Buku yang sedang di baca ada dua sekarang dalam line:
i) Bicara ini demi Ilahi - Tuan Guru Nik Aziz (Half way through) Susahnya nak habiskan buku nie..bukan sebab tak seronok..mustahilla kan..cuma agak berat..dan setiap kali habis membaca satu2 bab..saya akan berhenti baca dan berfikir..
oh..jika sesiapa mengharap akan adanya bicara politik dalam buku nie, harap maaf..tiada walau satu patah perkataan pun berkisar politik dalam buku nie..(setakat saya baca sekarang). Bicara tuan guru semata-mata berkisar hidup, islam dan demi Ilahi..
"Hati kita macam pokok, kalau baik hatinya maka buah yang keluar akan baik. Iaitu perbuatan kita umpama buah yang keluar dari pokok tersebut, maka jagalah hati"

ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

ii) Jaja dan Din - Noor Suraya (baru bukak baca sebab baru sampai semalam) heheh..saya sangat sukakan karya kak Noor Suraya. Baru-baru nie Jemari Seni ada buat online sales..so saya apa lagi..dengan bersemangatnya membeli 4 buah..yehaa..alhamdulillah semalam sampai. Best beli dengan JS penghantaran percuma sebab hantar guna KTM. Tapi agak ambil masa sikit. Tak apa..assobru minal iman..semalam akhirnya sampai..ohh reaksi saya balik-balik kerja tengok ada bungkusan atas meja was like sengih sampai telinga..hehehe..ok..terpanjang penjelasannya pulak. Nak bagi short review pun saya baru baca tak sampai quarter of book. Tapi setakat muka surat yang saya baca semalam..kisahnya lebih kepada si gadis yang pertama kali jatuh cinta dengan jejaka hanya melalui sekeping gambar yang kaku. Dan mulalah pencarian gadis tersebut terhadap jejaka tue. Pengisian yang kak su bawak tue yang penting. Dan alhamdulillah setakat saya baca semalam masih tidak mengecewakan.
Sesiapa yang nak beli secara online..dapatkan disini.


Inilah yang buatkan segala stress kerja saya hilang..dan ketika menulis saya masih sengih sampai telinga..haru! :P




This quote memang lah..hehehe.. :P

P.s May Allah bless~~